Katsuhito Kinoshi Kembali Ke Bangku Jurulatih
MakanBola
Tampines Rovers FC

Bekas jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi kembali semula ke bangku jurulatih.

Ini selepas Tampines Rovers FC mengesahkan pelantikan beliau sebagai jurulatih baharu pasukan itu baru-baru ini.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus tentang status jurulatih Jepun itu bersama pasukan Singapore Premier League (SPL) itu.

Sebelum ini, bekas jurulatih Merah Kuning itu dilaporkan dibawa masuk untuk memikul tugas sebagai pengarah teknikal The Stags.

“BG Tampines Rovers dengan bangga mengumumkan secara rasmi Katsuhito Kinoshi sebagai ketua jurulatih kelab yang baharu, ketika kita meneruskan kempen Singapore Premier League 2025/26 bersama-sama.

“Kami teruja untuk memulakan lembaran baharu ini dan menantikan dengan penuh semangat apa yang akan berlaku di bawah kepimpinan beliau,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kinoshi dibawa masuk sebagai pengganti tetap jurulatih sebelumnya, Noh Rahman. Beliau dijangka memimpin The Stags buat kali pertama dalam aksi SPL menentang Albirex Niigata pada Sabtu.