Advertising
Kawasaki Frontale Julang Trofi Pertama Musim 2024
MakanBola
Kawasaki Frontale
Sponsors

Kawasaki Frontale melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan J1 League lain apabila muncul juara Japan Super Cup semalam.

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan juara J1 League musim 2023, Vissel Kobe di Stadium Nasional Jepun semalam.

Ad

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan bakal memastikan mereka membuka kempen tahun 2024 dengan trofi pertama.

Ad

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan berdasarkan statistik yang disediakan Sofascore.

Kobe melancarkan tujuh percubaan dengan dua daripadanya percubaan tepat ke arah gol. Sementara Frontale pula melancarkan lima percubaan dengan dua daripadanya menguji penjaga gol Ushi, Daiya Maekawa.

Ad

Meskipun memiliki beberapa peluang menjaringkan gol, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Gremio terlebih dahulu mendapatkan kelebihan gol. Bek kanan berdarah Jepun-Belanda, Sai van Wermeskerken meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-48.

Ad

Tersentak, Ushi yang dibimbing Takayuki Yoshida cuba bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, barisan pertahanan Frontale diketuai van Wermeskerken memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih kapten Frontale, Tatsuki Seko sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.0, 0.3 mata di hadapan van Wermeskerken.

Kejayaan ini amat manis buat jurulatih Gremio, Toru Oniki kerana ini trofi ke-10 yang dimenangi dalam kariernya sebagai jurulatih bola sepak.

Kejayaan menjulang Japan Super Cup dijangka membakar semangat Frontale untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024.

Ini kerana mereka bakal melayan kunjungan kelab China, Shandong Taishan untuk aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik ACL pada 20 Februari ini.