Advertisement
Kawasaki Frontale Sambar Bekas Penyerang Perancis, Bafétimbi Gomis
Asia
MakanBola
AFC

Pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale telah mencapai kata sepakat untuk membawa masuk bekas penyerang Perancis, Bafétimbi Gomis.

Pemain berusia 38 tahun itu melengkapkan perpindahan selama dua musim dari Galatasaray yang menyaksikan beliau akan memperkuat cabaran pasukan dalam saingan Liga Jepun.

Perpindahan ini dilihat amat mengejutkan sungguhpun pemain ini pernah menghangatkan saingan bola sepak Asia apabila beraksi buat Al-Hilal sebelum ini.

Gomis dilihat sebagai calon yang paling ideal untuk menyelesaikan krisis serangan pasukan dengan memiliki rekod jaringan yang agak baik bersama kelab terdahulu.

Malah, perpindahan ini memdapat liputan yanh meluas dan respon yang positif daripada penyokong bekas kelabnya.

Bekas penjaring terbanyak AFC Champions League musim 18/19 ini telah merekodkan 355 jaringan daripada 767 penampilan sepanjang kariernya.

Ketika beraksi di Saudi Pro League, beliau juga mencatatkan rekod yang amat memberangsangkan selepas meledak 81 gol hanya dalam 106 aksi dan membantu Al-Hilal menjadi juara lioga sebanyak tiga kali pada musim 17/18, 18/19 dan 20/21.

Ketajaman beliau sudah pasti menjadi taruhan pengendali pasukan, Toru Oniki untuk memperbaiki kedudukan liga setelah berada di tangga ke-7 selepas 22 perlawanan.

Perjalanan kempen di ACL juga sudah pasti penting dengan kehadiran Gomis dapat membantu pasukan melangkah lebih jauh pada musim ini.