Kawasaki Frontale Sambar Chanathip Songkrasin
Asia
Etsuo Hara/Getty Images
Advertisements

Segar daripada kejuaraan Piala AFF bersama Thailand, kapten pasukan Chanathip Songkrasin kini bertukar kelab pula. Ini selepas juara Liga J1 Kawasaki Frontale bersetuju membeli pemain tengah Gajah Perang itu daripada kelab lamanya, Consadole Sapporo. Songkrasin, 28, beraksi bersama Consadole selama empat setengah tahun selepas menabur bakti bersama pasukan Muangthong United.

Semasa di Consadole, beliau membantu pasukan menduduki tangga keempat Liga J1 pada 2018. Ia merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai kelab dalam Liga J1. Songkrasin turut membuat 30 penampilan dan menjaringkan lapan gol untuk Consadole. Ini menyebabkan beliau disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik Liga J1 musim sama.

Begitupun, beberapa musim terakhirnya bersama Consadole menyaksikan isu kecederaan membelenggu Songkrasin. Tetapi itu langsung tidak menjejaskan persembahannya bersama Gajah Perang. Dalam edisi Piala AFF yang baru melabuhkan tirainya beberapa minggu lepas, namanya diangkat sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Advertisements

Dengan menyertai Frontale, Songkrasin turut membuat penampilan kedua dalam Liga Juara-Juara AFC. Ini selepas kelab berpangkalan di Kawasaki itu berjaya layak secara automatik ke peringkat kumpulan. Ia juga merupakan cabaran baru buat pemain tengah Thailand itu dengan beraksi bersama pasukan gergasi. Kawasaki pasti mengharapkan sentuhan magisnya membantu mereka mengekalkan kejuaraan J1 dan mara lebih jauh dalam Liga Juara-Juara AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram