Kawasaki Frontale Selamatkan Maruah Kelab Asia Timur
MakanBola
Haziq/MakanBola
Sponsors

Jaguh Jepun, Kawasaki Frontale telah menyelamatkan maruah kelab Asia Timur.

Perkara ini terjadi selepas pasukan gergasi Asia itu berjaya menundukkan cabaran kelab Qatar, Al-Sadd pada aksi suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Kemenangan 3-2 ke atas pasukan kendalian Felix Sanchez memastikan satu slot daripada Asia Timur untuk melangkah ke pentas separuh akhir.

Ad

Hal ini selepas jaguh Thailand, Buriram United tunduk dengan keputusan 3-0 kepada kelab Arab Saudi, Al-Ahli sementara Al-Nassr membelasah Yokohama FM dengan jaringan 4-1. 

Satu lagi lawan hebat iaitu Gwangju tidak mampu untuk melawan kekuatan Al-Hilal apabila tewas dengan keputusan 7-0 di gelanggang lawan.

Ad

Cabaran sengit bagaimanapun menanti pasukan kendalian Shigetoshi Hasebe apabila dijadualkan menentang Al-Nassr yang dibintangi oleh Cristiano Ronaldo bagi aksi separuh akhir ACLE.

Ad

Aksi antara dua pasukan ini dijadualkan berlangsung pada 1 Mei 2025 di Stadium Alinma dengan pemenang bakal melangkah ke pentas final.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments