Ads
ACL
ACL

Selepas berjaya melepasi cabaran Kumpulan I, dua wakil Asia Timur, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai menempuh laluan berbeza untuk pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Ini selepas cabutan undi pusingan 16 terbaik ACL dibuat hari ini untuk pasukan dari belah Timur dan Barat.

Advertisements

Frontale yang juga juara Emperor’s Cup musim 2023 bakal berdepan cabaran wakil China, Shandong Taishan.

Advertisements

Advertisements

Sementara juara K-League 1, Ulsan pula bakal berdepan wakil J2 League, Ventforet Kofu. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan ACL.

Biarpun di atas kertas kelebihan memihak kepada The Tigers, Kofu berupaya mencipta kejutan berdasarkan rekod mereka di peringkat kumpulan.

Advertisements

Ini kerana Kofu memiliki rekod tiga kali kemenangan, dua kali seri dan satu kekalahan dalam Kumpulan H. Malah, mereka berjaya menewaskan wakil Australia, Melbourne City, Zhejiang FC (China) dan Buriram United (Thailand).

Pertemuan Frontale-Shandong juga merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam ACL. Meskipun begitu, Frontale memiliki kelebihan disebabkan rekod buruk Shandong dengan kelab Jepun dalam ACL mengikut Footy Rankings.

Ini kerana Shandong hanya merekodkan tujuh kemenangan dan 12 kekalahan bila bertemu kelab Jepun dalam ACL.

Ini termasuk dua kekalahan di tangan wakil J1 League, Yokohama F. Marinos dalam saingan Kumpulan G.

Pusingan 16 pasukan terbaik ACL bakal berlangsung secara timbal balik membabitkan belah Timur dan Barat.

Advertisements

Pusingan pertama bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Februari 2024. Sementara pusingan kedua pula berlangsung pada 19 hingga 21 Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram