KBS & MFL Jalin Kerjasama Anjurkan Tayangan Skrin Besar Liga Super
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengadakan jalinan kerjasama bagi mewujudkan tayangan skrin besar bagi saingan Liga Super 2023.

Menerusi satu sidang media di Kementerian Belia dan Sukan hari ini, Hannah Yeoh berkata, usaha yang dilakukan ini dilihat mampu unuk merancakkan lagi perjalanan bola sepak musim baharu ini.

Ad

Katanya, usaha ini hasil perbincangan antara beberapa pihak untuk terus menghangatkan saingan Liga Bolasepak Malaysia.

Ad

Hannah juga berkata, lokasi yang dipilih juga membolehkan penyertaan ramai termasuklah kanak-kanak, wanita dan sudah pastinya selamat untuk semua.

Bukan itu sahaja, ini juga merupakan pengalaman baru untuk tontonan bersama tanpa mengira lapisan masyarakat.

Ad

“Program tayangan skrin besar ini bagi tujuan promosi bola sepak kepada akar umbi dan memupuk minat anak muda.”

Ad

“Ini juga bagi menambah mutu dan nilai dalam bola sepak Malaysia.”

Ad

Pada peringkat awal ini, ia masih dalam fasa percubaan dengan 4 aksi menjadi pilihan pada bulan mac ini.

Antara aksi tersebut melibatkan pertembungan Kedah Darul Aman menentang Terengganu, Kelantan menentang Penang, KL City dan Negeri Sembilan dan juga Kelantan United menentang Kedah.

Usaha ini diharap mendapat sambutan menggalakkan dalam menghidupkan bola sepak Malaysia.