Keadaan Padang Iran Buat Neymar Risau
ACL
Al-Hilal
Advertisements

Penyerang Brazil, Neymar bimbang dengan situasi padang di Stadium Azadi menjelang aksi kedua Kumpulan D ACL antara Al-Hilal dengan Nassaji Mazandaran.

Ini selepas satu video berkenaan keadaan padang Stadium Azadi tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan penjaga padang Nassaji menyambungkan potongan rumput dengan padang bagi menutup bahagian permukaan konkrit yang terdedah.

Kerja-kerja penambahbaikan padang ini dipercayai dibuat tiga hari sebelum perlawanan Al-Hilal-Nassaji.

Advertisements

Sebaik video ini dilihat Neymar, beliau merasa tidak percaya dengan apa yang berlaku. “Ini tidak mungkin,” katanya ringkas di platform X.

Selepas video padang Nassaji tersebar, ramai berharap Al-Hilal tidak menurunkan bekas penyerang PSG untuk perlawanan pada awal pagi 4 Oktober itu.

Sejak menyertai The Blue Waves dalam tetingkap perpindahan musim panas lalu, Neymar masih gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan.

Advertisements

Selain itu, beliau juga turut menafikan wujud pertelagahan antara dirinya dengan pengurus pasukan, Jorge Jesus dan menegaskan hubungan mereka berdua baik-baik sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram