Advertisements
Keadaan Padang Stadium Gachibowli Bagi Aksi India vs Malaysia Curi Tumpuan
Harimau Malaya
MakanBola
AIFF

Keadaan padang Stadium Gachibowli di Hyderabad mencuri tumpuan bagi aksi antara India vs Malaysia.

Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand baru-baru ini.

Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah menentang The Blue Tigers yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini dengan aksi bakal dimainkan di Stadium Gachibowli, Hyderabad.

Hantaran oleh All Indian Football Federation (AIFF) menunjukkan bahawa Stadium Gachibowli, Hyderabad berada dalam keadaan bersedia bagi aksi antara India dan Malaysia.

Stadium yang terletak di Telegana, India itu boleh memuatkan sehingga 30,000 orang penonton itu bakal menemukan kedua-dua pasukan setelah hampir 12 bulan aksi terakhir di Bukit Jalil.

Padang dilihat berada dalam keadaan baik dan bersedia bagi aksi antara dua pasukan ini pada Isnin jam 10 malam.

Pemain Malaysia juga sudah pun menjalani latihan di padang Stadium Gachibowli sekaligus mendapat gambaran awal untuk menyesuaikan diri dengan aksi tersebut.