Kecederaan Azam Azmi Serius, Mungkin Terlepas Piala Asia B-23
Asia
FA Malaysia / MakanBola
Advertisements

Pertahanan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad mungkin terpaksa disisihkan daripada Skuad B23 kebangsaan menjelang aksi Piala Asia B23 pada bulan Mei kelak.

Hal ini selepas pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika aksi Malaysia dan Oman malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali kebangsaan Kim Pan-gon menyatakan rasa sedih melihat keadaan Azam. Menurut Kim Pan-gon kecederaan itu merupakan kecederaan yang serius.

Advertisements

“Saya rasa kecederaan Azam Azmi serius dan mungkin memberi kesan kepada Piala Asia B-23,” ujar Kim Pan-gon.

Keadaan terkini Azam, beliau terpaksa bertongkat ketika menuju keluar stadium. Status kecederaan sebenar yang dialami Azam akan diketahui kelak.

Advertisements

Dalam aksi berdepan Oman, Azam telah diusung keluar pada minit ke-25 permainan dan digantikan dengan Daniel Ting. Malaysia akhirnya terpaksa akur di laman sendiri apabila tunduk kepada Oman dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram