Kecederaan Izham Tarmizi Rahmat Buat Zarif Irfan
MakanBola
Official Sri Pahang FC
Sponsors

Penjaga gol kedua Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin menganggap kecederaan dialami Izham Tarmizi ketika menentang Negeri Sembilan pada Ahad lalu, sebagai membuka peluang untuknya membuktikan kemampuan.

Pada perlawanan di Paroi, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di bahagian kepala telah bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar, sehingga terpaksa menerima jahitan.

Ad

Zarif Irfan yang masuk menggantikannya dalam perlawanan itu tampil cemerlang mengagalkan beberapa percubaan dan membantu Sri Pahang pulang dengan satu mata.

Ad

Jika diberi peluang sekali lagi dalam perlawanan seterusnya, Zarif tekad mengulangi kecemerlangan seterusnya menambat hati barisan kejurulatihan dan juga penyokong.

“Dapat menggantikan Izham Tarmizi tempoh hari ibarat rezeki buat saya tetapi dalam masa sama saya harap dia akan segera pulih dan tidak ditimpa sebarang kecederaan serius.

Ad

“Mungkin ada peminat yang kurang melihat persembahan saya selepas musim lalu saya hanya diturunkan dalam satu perlawanan Liga Super selain Piala FA.

Ad

“Jadi situasi ini ibarat satu batu loncatan buat saya membuktikan sesuatu kepada jurulatih serta penyokong-penyokong jika diturunkan berdepan Kelantan dan perlawanan-perlawanan akan datang.

Ad

“Walaupun saya ada dapat tawaran dari pasukan lain pada musim ini, saya memilih terus bersama Sri Pahang kerana percaya akan ketentuan rezeki sama ada baik atau lambat, saya akan terus bersabar demi mendapat peluang untuk bermain, ” katanya.

Zarif menyertai Sri Pahang pada musim 2021 dari Felda United namun lebih banyak memanaskan bangku simpanan berikutan persaingan sengit di gawang gol tok gajah.

Pada musim pertamanya, dia bersaing dengan Helmi Eliza manakala pada musim lalu mendapati sukar untuk menyaingi Mamadou Samassa.