Kecergasan Malaysia B-23 Fokus Utama Nafuzi Zain
MakanBola
Malaysia NT

Aspek kecergasan menjadi fokus utama jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain dalam tiga aksi ujian membabitkan anak buahnya.

Ini kerana aspek tersebut dilihat kunci jika Malaysia mahu memberi saingan dalam Piala Mandiri ASEAN B-23.

Selain itu, Nafuzi ingin memberi peluang sama rata kepada semua pemain untuk menonjolkan bakat masing-masing.

“”Sekarang ini, yang penting adalah meningkatkan kecergasan pemain. Aksi seperti ini kita akan memberi peluang sama rata.

“Untuk kesebelasan utama, saya dan barisan kejurulatihan sedang menilai, sementara menentukan percaturan yang sesuai,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Malaysia B-23 mengharungi aksi ujian pertama apabila turun menentang juara MFL Challenge Cup 2023, PDRM FC.

Ubi muda negara dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 1-0 ke atas The Cops. Aksi ini turut menyaksikan kelibat bekas orang besi Sabah FC, Park Tae-su.

Tae-su dilaporkan bakal mewakili PDRM selepas meninggalkan Sang Badak.

Selepas ini, skuad Malaysia B-23 akan menentang Melaka FC pada 8 Julai. Ini disusuli aksi menentang Negeri Sembilan FC pada 10 Julai.