“Kedah Akan Lawan Sampai Dapat Ke Asia” – Nafuzi Zain
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Peluang masih terbuka buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk beraksi di pentas Asia musim hadapan. Ini kerana, kemenangan berharga 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC semalam menandakan kesungguhan pasukan dari utara tanah air itu untuk memburu kedudukan naib juara Liga Super.

Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain ketika ditemubual selepas perlawanan semalam berkata pasukan kendaliannya itu akan memberikan segalanya di atas padang demi merebut slot ke Piala AFC musim hadapan.

“Dalam situasi ini, ia (kedudukan naib juara) berkelebihan kepada Selangor. Tetapi kita masih ada target kerana kita tahu sekarang kita berada di landasan yang betul. Kita akan melawan sampai akhir musim.

Advertisements

“Kita cuba yang terbaik untuk menang empat lagi perlawanan. Saya rasa kalau kita menang empat perlawanan, kita akan dapat tempat kedua. Kita tahu ianya sukar, tapi tak mustahil. Terpulang kepada pemain,” jelas Nafuzi seperti yang dikongsikan KDA FC.

Kedah kini berada di tangga ke-3 Liga Super dengan mengumpul 47 mata, ketinggalan lima mata kepada Selangor FC yang kini berada di tangga kedua. Namun begitu, Kedah berpeluang untuk merapatkan jurang selepas mereka masih kurang beraksi satu perlawanan berbanding Selangor.

Pasukan yang dikenali dengan gelaran Sang Kenari itu akan meneruskan aksi Piala Cabaran menentang Kuching City pada 4 Oktober ini sebelum kembali memberi tumpuan ke Liga Super dengan aksi menentang Negeri Sembilan pada 28 Oktober.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram