Kedah Bakal Hadapi 3 Aksi Derbi Berturut-Turut
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijadualkan bakal melalui aksi ‘Derbi Utara’ menentang Penang FC dalam tiga perlawanan secara berturut-turut.

Tiga aksi ‘Derbi Utara’ itu akan bermula pada 22 Jun iaitu bagi saingan Liga Super yang mana menyaksikan Penang akan menjadi tuan rumah.

Ad

Dua aksi seterusnya adalah bagi saingan suku akhir Piala FA yang dijadualkan pada 28 Jun di Stadium Bandaraya sebelum aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 4 Julai.

Ad

Ketiga-tiga aksi derbi ini sudah pasti menjadi tumpuan ramai dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainan sebenar di awal musim.

Penang yang kini dilatih Akmal Rizal Ahmad Rakhli masih tercari-cari kemenangan sulung dalam saingan Liga Super selepas hanya meraih tiga keputusan seri dalam tiga perlawanan.

Ad

Berbeza dengan Kedah yang sudah mencatatkan satu kemenangan namun dari segi kutipan mata, masih lagi kosong memandangkan Kedah ditolak tiga mata ekoran masalah tunggakan gaji pada musim lalu.

Ad

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada April lalu dalam saingan pra-musim yang menyaksikan Penang berjaya menewaskan Kedah 3-0.

Ad