Kedah Berdepan Tunggakan Gaji RM7 Juta
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM7 juta jika ingin kekal dalam Liga Super musim hadapan.

Sebelum ini, ramai peminat dan figura bola sepak tempatan tertanya-tanya tentang status pasukan itu dalam liga untuk musim 2025/26.

Ad

Meskipun dibelenggu isu di luar padang, pengurusan Kedah tetap menyatakan komitmen untuk menyertai saingan Liga Super musim depan.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan pasukan itu perlu menyelesaikan tunggakan gaji dari Disember 2024 yang berjumlah RM7 juta.

Pengurusan Sang Kenari diberi tempoh sehingga 30 April ini oleh pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.

Ad

“Tarikh akhir pembayaran gaji pemain sehingga Disember 2024 berjumlah lebih RM7 juta perlu diselesaikan pengurusan Kedah sebelum atau pada 30 April ini.

Ad

“Itu tarikh akhir dari MFL. Jika ia tidak berlaku, status Kedah musim depan bakal terjawab,” katanya di X.

Ad

Aksi terbaru liga menyaksikan Kedah mengikat Sabah FC 1-1 di Stadium Darul Aman pada 12 April lalu. Darren Lok muncul penyelamat buat Sang Badak selepas ketinggalan menerusi penalti Amirul Hisyam Awang Kechik.

Keputusan ini menyaksikan Sabah dan Kedah masing-masing kekal di tangga ketiga dan ke-11 liga dengan 40 dan 21 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments