Aksi Liga Super yang membabitkan pertembungan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuching City mencuri tumpuan selepas perhatian terarah kepada pemain import KDA, Habib Haroon.
Kedah Darul Aman turun dengan penampilan berbeza dalam kempen Liga Super baru-baru ini selepas skuad Sang Kenari menyarung jersi ‘Home’ yang baru sahaja dilancarkan.
Beraksi menentang Kuching City di Stadium Darul Aman, skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan satu mata yang diraih di laman sendiri.
Pada aksi semalam, perlawanan juga tertumpu kepada kelibat pemain tengah Sang Kenari, Habib Haroon. Selain berjaya mencipta satu bantuan jaringan buat pasukan pemain berusia 23 tahun ini turut mengenakan jersi oversized ketika beraksi diatas padang.
Ketika sesi pemanas badan sebelum sepak mula, jersi yang disarung Habib juga dilihat sedikit besar.
Habib sebelum ini memang cukup terkenal sebagai pemain yang versatil. Penggayaannya yang unik sering mencuri perhatian para peminat dan penyokong bola sepak tempatan.
Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni kedudukan keenam selepas enam perlawanan. Kedah meraih tujuh mata secara keseluruhan selepas mencatat tiga kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan dalam kempen Liga Super 2024/2025.