Kedah FA Nafi Terlibat Dengan Rasuah
Komuniti
FA Kedah
Advertisements

Arena bola sepak negara kecoh susulan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron atas kesalahan rasuah baru-baru ini.

Hari ini, KFA menerusi Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Haji Ismail tampil dengan satu kenyataan media untuk menjawab isu berkenaan.

Badan induk bola sepak negeri Kedah itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terlibat dalam gejala rasuah.

Advertisements

Memandangkan siasatan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi di peringkat awal, KFA meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas.

KFA turut memaklumkan bahawa Zulkifli dan tiga lagi individu yang ditahan pada 5 Januari lalu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini selepas selesai memberi keterangan.

Advertisements

“Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) menerima maklum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Haji Zulkifli Che Haron telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM pada Khamis, 4 Januari 2024.

“Pada jam 9.25 malam, pihak SPRM telah memaklumkan kepada Peguam mengenai tangkapan dan proses reman yang akan dibuat pada pagi Jumaat, 5 Januari 2024.

Advertisements

“KFA ingin memaklumkan bahawa beliau telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada pagi ini, 7 Januari 2024 kira-kira jam 10.00 pagi setelah selesai memberi keterangan, bersama-sama 3 individu yang lain.

“KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan tuduhan yang tidak berasas. Kes ini masih di peringkat awal siasatan. Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah. Seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya hari ini.

Advertisements

Badan induk bola sepak negeri Kedah itu turut menjelaskan peranan CEO ialah bagi melancarkan gerak kerja Sekretariat KFA di bawah Setiausaha Kehormat mengikut Statut Persatuan.

KFA turut menegaskan sumbangan kewangan yang dibuat syarikat dan badan korporat kepada organisasi itu bersifat telus dan telah direkodkan dalam laporan kewangan persatuan.

“KFA ingin menjelaskan bahawa pelantikan CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan fungsi Sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan.

“KFA juga ingin menjelaskan bahawa persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek kerajaan negeri. Menurut Statut Persatuan, kesemua keputusan persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA). CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran Persatuan.

“Sepanjang penubuhan persatuan, pendapatan utama adalah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat. Segala penerimaan wang telah direkodkan dalam Laporan Kewangan Persatuan dan dibentangkan. Sumbangan diterima adalah tanpa imbalan dan tanpa prasangka,” ujar beliau.

Kenyataan media ini disiarkan di semua laman media sosial rasmi KFA hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram