Kedah & Habib Haroon Berpisah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah berpisah dengan tonggak tengah mereka dari Bahrain, Habib Haroon.

Keputusan ini diumumkan pengurusan Kedah menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini menamatkan desas-desus yang berlegar di media sosial tentang status sebenar Habib bersama pasukan utara tanah air itu.

Ad

Pengurusan Sang Kenari memaklumkan keputusan menamatkan kontrak secara bersama dibuat kedua-dua pihak. Ini bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu.

Ad

“Pihak pengurusan KDA FC ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi Habib sepanjang bersama pasukan Sang Kenari.

“Selepas perbincangan bersama, kami menghormati keputusan Habib keputusannya untuk bergerak ke arah yang berbeza, menamatkan kontrak lebih awal dengan persetujuan kedua-dua pihak memandangkan beliau mempunyai komitmen peribadi di Bahrain,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Meskipun hanya bersama Sang Kenari selama 11 perlawanan, bekas kapten Terengganu FC itu membantu Kedah mara ke separuh akhir Piala FA 2024. Atas sebab itu, pengurusan Kedah menghargai jasa yang ditabur Habib terhadap pasukan itu.

Ad

“Kudrat yang beliau taburkan sebagai perancang pasukan telah banyak memberi kesan positif dalam prestasi semasa, sehingga layak ke pentas separuh akhir Piala FA 2024/25, dan seluruh warga KDA FC menghargai semua usaha beliau di atas dan luar padang.

Ad

“Walaupun perjalanan Habib dan KDA FC bersama berakhir di sini, kami doakan agar beliau terus berjaya di masa hadapan,” tambahnya.

Kedah kini mengharungi kempen liga dengan Cleylton, Sony Norde, Milos Gordic, Sukhrob Nurullaev dan Ebenezer Assifuah sebagai tonggak import musim 2024/25.