Kedah Langsai Tunggakan Gaji Lebih Setengah Juta
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana pasukan itu sudah mula menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka.

First Instance Body (FIB) melaporkan pasukan utara tanah air itu sudah melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM600,000.

Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mematuhi bayaran 50% jumlah tunggakan gaji yang ditetapkan badan tersebut.

Advertisements

FIB turut memaklumkan sudah menerima bukti kewangan sumber dana yang bakal diterima Kedah dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kemelut mereka.

Justeru, Kedah diberi tempoh sehingga penghujung bulan ini untuk melangsaikan semua baki tunggakan gaji mereka.

Sekiranya pasukan yang diberi jolokan Sang Kenari itu gagal berbuat demikian, Kedah bakal dikenakan hukuman potongan tiga mata dan denda RM50,000.

Advertisements

Selain Kedah, pasukan KL City FC juga turut diberi amaran sama oleh FIB selepas berdepan masalah tunggakan gaji.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram