Kedah Laung Ketajaman Ifedayo Olusegun
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Menjelang aksi hangat Liga Super di antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Selangor FC malam ini, beberapa pemain dijangka bakal menjadi tumpuan.

Salah seorang daripadanya adalah penyerang import Kedah, Ifedayo Olusegun yang semakin garang di hadapan gol lawan dengan ketajaman penyudah yang dimiliki pemain berasal dari Nigeria itu.

Baru-baru ini, KDA FC telah melaungkan keyakinan bakal menggunakan khidmat Ifedayo dalam misi mereka mendapatkan tiga mata penuh sekali gus mencerahkan peluang mereka ke Liga Juara-Juara AFC musim hadapan.

Advertisements

“Hadir di pertengahan saingan Liga Super, Ifedayo membuktikan ketajaman dengan 12 gol dalam 9 perlawanan. Ratio jaringan yang cukup baik bagi penyerang berpengalaman ini yang pasti mahu digunakan sebaiknya malam ini.

“Aksi menentang Selangor FC malam ini merupakan ‘battle of the season’ dengan kedua-dua pasukan merebut 1 slot ke AFC Champions League 2 selaku Naib Juara Liga Super berbaki 1 lagi perlawanan,” coret KDA FC dalam muatnaik di laman Facebook mereka.

Advertisements

Pertembungan Ifedayo dan penyerang Selangor, Ayron Del Valle dijangka menjadi tumpuan ramai dalam mencari gol bagi pasukan masing-masing. Selain dua penyerang berbisa itu, pertembungan pemain sayap lincah Kedah, Manuel Hidalgo dan pemain sayap Selangor, Faisal Halim turut menjadi tumpuan.

Berbaki dua perlawanan liga, Kedah dan Selangor tidak boleh keciciran sebarang mata untuk menyalakan misi mereka beraksi di pentas asia musim hadapan.

Advertisements

Selangor berada di tangga ke-2 liga buat masa ini dengan mengumpul 55 mata dan diekori rapat Kedah di tangga ketiga dengan mengumpul 53 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram