Kedah Mahu Kerajaan Tanggung Sepenuhnya Kos Tukar Rumput Zeon Zoysia
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC bersedia untuk menukar rumput mereka kepada rumput jenis Zeon Zoysia sekiranya kos penukaran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, pihak akan bersetuju dengan cadangan ini sekiranya peruntukan menaik taraf berkenaan disediakan sepenuhnya oleh kerajaan.

Ad

“Tentu sekali kerajaan ne­geri bersetuju dengan cadangan tersebut iaitu menukar rumput biasa yang ada sekarang kepada rumput yang berkualiti di Stadium Darul Aman.”

Ad

Namun begitu, beliau berharap agar kerajaan dapat menyediakan padang tersebut secara percuma sahaja kepada mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja.

“Kita amat bersetuju sekiranya semua peruntukan terma­suk penyelenggaraan sebelum dan selepas itu yang dijangka menelan kos berjuta-juta ringgit disediakan oleh kerajaan.”

Ad

“Jika kerajaan negeri yang harus sediakan semua kos itu, tidak mengapalah kerana kualiti rumput di Stadium Darul Aman masih pada tahap terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ad

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa pihaknya akan menyediakan geran penukaran rumput namun kerajaan negeri perlulah menanggung kos penyelenggaran padang sebelum dan selepas penukaran rumput.

Ad

Menurut beliau, keadaan rumput di Stadium Darul Aman masih dalam yang cukup baik dan tidak merasakan penukaran padang wajar dilakukan sekarang.

“Kita memperkatakan tentang keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Kalau kerajaan negeri harus keluarkan peruntukan untuk buat semua itu (tukar rumput berkualiti), kita rasa itu tidak sesuai.”

“Lebih baik kita bina rumah untuk orang miskin di negeri ini yang lebih memerlukan daripada semua itu.”

Setakat ini, hanya Negeri Sembilan dan Terengganu sahaja yang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak di Malaysia.