Kedah Tiada Masalah Gaji
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Prestasi terumbang ambing pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super musim ini pastinya mengejutkan pelbagai pihak.

Terkini, mereka hanya mampu seri 3-3 kepada pasukan yang membariskan kesemua pemain lokal iaitu Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam perlawanan yang berlangsung Selasa malam.

Mengulas mengenai prestasi kurang memuaskan pasukan Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menafikan berita yang mengaitkan prestasi pasukan dengan masalah gaji. Perkara tersebut telah dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam laman twitter milik beliau.

Advertisements

Walaupun setiap tahun pasukan Kedah sememangnya berhadapan dengan masalah gaji namun prestasi merudum kali ini bukanlah disebabkan masalah tersebut.

Kedah kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 13 mata selepas 8 perlawanan. Walaupun berada di tangga kedua, Kedah berkemungkinan bakal dipintas pasukan lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Selangor FC yang masih kekurangan perlawanan berbanding pasukan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram