Advertising
Kedah & MUFT Rancakkan Persaingan MPFL Divisyen 1
UltraSukan
FA Malaysia

Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2025 bakal dihangatkan dengan kehadiran Kedah dan Malaysian University FT.

Kedua-dua pasukan hadir selaku pendatang baru dari Divisyen 2. Kedah merupakan naib juara MPFL Divisyen 2 2024 dengan 21 mata selepas merekodkan tujuh kemenangan dan empat kekalahan.

Malaysian University FT pula menamatkan MPFL Divisyen 2 di tangga keempat dengan 17 mata. Pasukan itu merekodkan lima kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.

Ad

Kedua-dua pasukan ini melengkapkan senarai lapan pasukan yang akan berentap dalam saingan MPFL Divisyen 1 2025.

Ad

Perebutan gelaran juara bakal tertumpu kepada tiga pasukan iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Pahang Rangers FC.

TOT United FC, Sabah FA dan KL City FC melengkapkan senarai pasukan yang bakal berentap dalam saingan MPFL Divisyen 1.

Ad

Saingan divisyen berkenaan bakal membuka tirainya pada 8 Mac dan berlangsung sehingga 13 Julai ini.