Kedah Nafi Sambar Pemain Bintang Liga Korea
Transfer
FC Seoul
Advertisements

Susulan khabar angin bek tengah Sepanyol, Osmar Barba bakal menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC), pengurus pasukan Joe Rozi tampil menjawab spekulasi berkenaan.

Beliau menafikan bekas kapten FC Seoul itu akan menyertai Kedah selepas tamat kontrak bersama pasukan K-League 1 itu.

Penafian ini dibuat kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini.

Advertisements

“Saya tak tahu macam mana media Korea boleh dapat benda (berita) itu. Dan saya nafikan benda itu.

“Jadi, saya minta maaf kepada penyokong kerana tak dapat mengambil pemain bertaraf bintang yang sekarang sudah jadi orang lama di pasukan itu (FC Seoul),” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Joe Rozi turut memaklumkan hanya kapten Sang Kenari dari Filipina, Manuel Ott dikekalkan untuk musim hadapan.

Ini disebabkan bekas pemain tengah Terengganu FC itu memiliki baki kontrak setahun dengan pasukan dari utara tanah air itu.

Advertisements

Manakala pemain-pemain import Kedah lain iaitu Moses Atede, Ifedayo Olusegun, Manuel Hidalgo dan Bojan Ciger sudah tamat kontrak dan kini bergelar ejen bebas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram