Kedah Puji Impak Amirbek Juraboev Benam Malaysia
MakanBola
FA Tajikistan

Impak bertenaga Amirbek Juraboev bersama Tajikistan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka semalam telah meraih pujian kelabnya, Kedah Darul Aman.

Tajikistan berjaya menewaskan Malaysia 2-0 untuk merangkul Piala Pestabola Merdeka dan Amirbek menjadi salah seorang pemain penting dalam kemenangan tersebut.

Aksi bertenaga dan dominan menguasai bahagian tengah pasukan oleh Amirbek kini bukan sahaja menggembirakan pasukan Tajikistan malah Kedah turut berpuas hati dengan prestasi beliau ketika ini.

Sang Kenari pastinya mendambakan kualiti yang ada pada pemain tengah tersebut dalam memburu kedudukan kedua Liga Super bagi meraih slot ke AFC Champions League 2 2024/2025.

Pemain berusia 27 tahun itu telah melakukan 19 penampilan liga bersama Kedah dan telah berjaya menyumbang 5 gol setakat ini.

Diperingkat antarabangsa, Amirbek Juraboev telah menyarung jersi pasukan kebangsaan seawal usia 18 tahun dan kini telah melakukan lebih 40 penampilan bersama Tajikistan.

Amirbek Juraboev menonjolkan kualiti selaku pemain tengah bertahan dalam perlawanan tersebut dengan kawalan bola yang baik dibahagian tengah serta stamina yang tinggi.

Malah nama Amirbek Juraboev pernah dijulang Kedah setelah gol minit akhir beliau berjaya mengikat pasukan JDT di Stadium Darul Aman tempoh hari.