Kedah Sambar Khidmat Faiz Nasir
Transfer
KDA FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memperkuat pasukan menjelang musim baru Liga Super pada Mei ini.

Pasukan utara tanah air itu mengumumkan perpindahan pinjaman Faiz Nasir dari Terengganu FC di platform media sosial mereka hari ini.

Faiz menjadi pemain terbaru menyertai Sang Kenari selepas Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Zamri Pin Ramli dan Sukhrob Nurulloev.

Advertisements

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Muhammad Faiz Bin Mohd Nasir, pemain yang pernah dirisik barisan kejurulatihan Kedah suatu masa dahulu, antara pemain bertubuh kecil namun lincah mangatur gerakan dan turut menjaringkan gol penting dan berkelas dunia ketika Final Piala Malaysia 2018 menentang Perak.

“Pemuda berusia 32 tahun ini akhirnya berjaya disunting pihak pengurusan secara kontrak pinjaman dari Terengganu FC, rezekinya kali ini bersama Sang Kenari, beliau berazam untuk bangkit menyamai prestasi kemuncaknya bersama Terengganu suatu masa dahulu,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Faiz beraksi di bawah bimbingan Nafuzi Zain. Sebelum ini, beliau juga pernah beraksi di bawah bimbingannya di Terengganu pada 2021 dan 2022.

Faiz merasa gembira kerana dapat melengkapkan perpindahan ke Sang Kenari. Beliau berharap kehadirannya dapat mengembalikan semula kegemilangan pasukan itu.

Advertisements

“Saya pernah dilamar Kedah ketika awal penglibatan saya di Liga Premier dulu bersama PBAPP FC.

“Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan Coach Nafuzi Zain di sini saya lebih selesa untuk beraksi walaupun kalangan rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

Advertisements

“Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Selain membawa masuk pemain baru, Kedah juga berusaha memastikan kemelut kewangan dapat diselesaikan mengikut tempoh yang diberi First Instance Body (FIB) pada bulan ini.

Ini bagi memastikan mereka dapat kekal beraksi dalam Liga Super musim 2024-2025 yang bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram