Kedah Terima Tajaan Cecah 6 Angka
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang saingan musim baru Liga Super yang bermula pada bulan hadapan.

Hari ini, pengurusan Sang Kenari menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 yang bernilai RM100,000.

Pengumuman penaja terbaru pasukan itu dibuat menerusi platform media sosial Kedah.

Advertisements

Selain menjadi penaja utama jersi pasukan itu, kedua-dua pihak turut memperkenalkan beberapa inisiatif baru bagi menarik penyokong hadir ke Stadium Darul Aman.

“KDA FC dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Rakan Rasmi Sang Kenari, AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 dengan penajaan bernilai RM100,000.00 meliputi slot Penaja Utama Jersi Pra-Musim 2024/25 dan pelbagai aktiviti bersama KDA FC sepanjang musim ini.

“Antaranya penjualan cenderamata usahasama antara KDA FC x ARAB STREET, diskaun buat ahli Kepak Kenari di ARAB KITCHEN / ARAB STEAKHOUSE dan beberapa lagi program dałam peringkat perbincangan kedua-dua pihak.

Advertisements

“AR AB Group Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan di bawah beberapa jenama. Antaranya, ARAB STREET yang menawarkan produk bundle, preloved dan vintage di Jalan Sultan Badlishah (tapak Kedah Shopping Center dahulu) dan ARAB KITCHEN & ARAB STEAKHOUSE, restoran makanan dan minuman atau berkonsepkan shellout terkenal di Kedah beroperasi di Kepala Batas, Pendang, Sungai Petani, Kulim dan Kangar, Perlis,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kedah turut mengalu-alukan lebih ramai rakan penaja untuk tampil dan memberi sokongan kepada pasukan itu agar tampil cemerlang dalam Liga Super musim 2024/25.

“Seiring dengan usaha menarik ramai lagi usahawan dari Kedah untuk bekerjasama dengan KDA FC, kesudian pihak AR AB Group Sdn. Bhd. amatlah dihargai, menyuntik sokongan dan motivasi kepada pihak pengurusan untuk terus mencipta ekosistem perniagaan sihat bersama syarikat tempatan.

Advertisements

“Kepercayaan yang dizahirkan menterjemah sokongan semua pihak berkepentingan tanpa had amain tertentu di Kedah mampu membantu ekosistem penajaan bola sepak bersama KDA FC,” ujar kelab lagi.

Kedah bakal membuka kempen Liga Super musim 2024/25 dengan menentang PDRM FC di Stadium Selayang pada 11 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram