Kedah Tubuh Jawatankuasa Pemulihan Khas Secara Berfasa & Strategi
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil langkah menubuhkan sebuah jawatankuasa pemulihan khas kelab berkenaan.

Langkah tersebut diumumkan pemegang saham majoriti Sang Kenari, Tan Sri Dr Daud Bakar dalam satu kenyataan di platform rasmi pasukan itu.

Ad

Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan menyelaras proses pembaikan kelab secara menyeluruh dari aspek kewangan hingga pembangunan akar umbi.

Ad

Daud melihat penubuhan jawatankuasa tersebut dapat membantu Kedah tampil lebih baik pada musim hadapan selepas dibelenggu pelbagai isu pada musim 2024/25.

“Sebagai pemilik kelab, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hala tuju dan masa depan KDA FC,” katanya.

Ad

“Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menggerakkan satu Jawatankuasa Pemulihan Khas, yang akan berperanan menyelaras proses pembaikan kelab secara menyeluruh — meliputi aspek kewangan, teknikal, pengurusan dan pembangunan akar umbi.”

Ad

Daud turut memaklumkan usaha memulihkan Sang Kenari akan dibuat secara berfasa dan tidak tergesa-gesa.

Ad

“Pemulihan ini tidak dilakukan secara tergesa-gesa, tetapi dilaksanakan secara berfasa dan berstrategi.”

“Setiap langkah yang diambil adalah bertujuan untuk mengembalikan kestabilan, kredibiliti dan kekuatan sebenar KDA FC,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan setiap langkah yang diumumkan Sang Kenari seperti pelantikan pengarah teknikal baharu dan pemain import bersifat strategik.

Ini bertujuan membantu Kedah melunaskan semua isu kewangan termasuk tunggakan gaji untuk musim 2024/25.

“Penjelasan berhubung pelantikan Pengarah Teknikal dan pemain luar negara baru-baru ini juga perlu difahami dalam konteks sebenar.

“Ia merupakan langkah strategik, di saat akhir, untuk menarik minat penaja luar negara sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan kelab — khususnya dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji musim 2024/25,” ujarnya.

Kedah turut berpotensi merekrut legenda Portugal, Ricardo Quaresma bagi menghadapi kempen 2025/26.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments