Kedah Umum Berpisah Dengan Willian Lira
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Peminat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini dikejutkan dengan berita Willian Lira tidak lagi bersama Sang Kenari. Ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama.

Perkara ini diumumkan oleh pengurusan KDA FC di laman media sosial rasmi pasukan. Sepanjang bersama Kenari dalam Liga Super, Lira merekodkan lapan gol dalam 14 perlawanan.

Kali terakhir Lira beraksi bersama KDA FC ialah dalam perlawanan Liga Super menentang Perak FC pada 7 Jun lalu. Penyerang Brazil itu menceriakan penyokong tuan rumah dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-67.

Advertisements

“KDA FC dan Willian Lira Sousa telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah selepas beberapa perbincangan mendalam dari kedua-dua pihak.

“KDA FC bersetuju untuk melepaskan Willain Lira dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan beliau untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super ketika nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Advertisements

Ini sudah pasti mengubah perancangan KDA FC menjelang tetingkap perpindahan kedua yang bakal dibuka pada 5 Julai ini. Sebelum ini, pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mendedahkan Kenari akan mensasarkan tiga pemain berkualiti untuk memperkuat pasukan semasa tempoh berkenaan.

Dan berdasarkan maklumat terbaru yang dibawa wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Lira dikatakan sedang dirisik oleh beberapa kelab Thai League 1 bagi memperkuat barisan serangan mereka.

Advertisements

Dengan pemergian Lira, KDA FC mempunyai tujuh pemain import iaitu kapten Manuel Ott, Alan Robertson, Bojan Ciger,Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah dan Jonathan Balotelli.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram