Kedah Darul Aman menerim satu lagi suntikan pada jentera tengah apabila Halim Saari secara rasminya membuat kepulangan bersama pasukan.
Pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan selama hampir dua musim berikutkan kecederaan ACL yang dialaminya ketika bersama Selangor.
Kelibat anak jati Kedah ini bagaimanapun mula kelihatan selepas beliau dikesan menjalani latihan kecergasan bersama Sang Kenari di bawah seliaan Helber Richard.
Menerusi satu kenyataan oleh KDA FC, Halim secara rasminya membuat kepulangan mengejut untuk berbakti bersama bekas pasukannya.
Kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain juga menjadi kunci buatnya kembali memperkuatkan jentera serangan Kedah yang kehilangan khidmat pemain tengah berpengalaman, Lee Tuck yang membawa hakuan baharu.
Kedah ketika ini berada pada kedudukan ke-3 Liga Super dengan 37 mata selepas 18 perlawanan berlangsung.