Kedudukan Jadon Sancho Di Chelsea Dalam Bahaya
MakanBola
Chelsea FC
Sponsors

Prestasi tidak menentu Jadon Sancho ketika ini berpotensi menjejaskan peluang beliau untuk kekal bersama Chelsea.

Akhbar The Sun melaporkan The Blues berkira-kira untuk tidak mendapatkan pemain sayap England itu secara perpindahan tetap.

Ad

Ini kerana berdasarkan prestasi semasa, beliau hanya merekodkan dua gol dan enam bantuan gol dalam 28 penampilan bersama Chelsea.

Ad

Sancho tiba di Stamford Bridge secara pinjaman selama semusim dari Manchester United. Perjanjian itu turut disertakan dengan yuran perpindahan tetap sebanyak £25 juta (RM143 juta).

Chelsea memiliki pilihan sekiranya mereka enggan meneruskan perjanjian berkenaan, mereka hanya perlu membayar penalti sebanyak £5 juta (RM28 juta) kepada United.

Ad

Sebarang keputusan sama ada menukar status bekas bintang Borussia Dortmund itu kepada perpindahan tetap atau sebaliknya bakal diputuskan pada akhir musim 2024/25.

Ad

Sekiranya situasi itu berlaku, maka Sancho akan kembali menyertai skuad The Red Devils yang kini dibimbing Ruben Amorim pada musim depan bersama Antony.

Ad

Situasi ini bakal memaksa United berusaha lebih keras untuk menjual Sancho bagi menambah dana perpindahan pemain yang diperlukan pengendali Portugal itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments