Ads
Kedudukan Ulsan HD Belum Selamat
Asia
Ulsan HD FC

Meskipun Ulsan HD mendahului carta K-League 1 ketika ini, ini bukan bermakna gelaran juara liga sudah berada dalam genggaman mereka.

Advertisements

Ini kerana kelab yang diberi jolokan The Tigers itu perlu melepasi kumpulan Final A atau pusingan kejuaraan liga untuk musim 2024.

Advertisements

Selepas 31 perlawanan, 12 pasukan sudah ditentukan mengikut kumpulan Final A dan Final B. Kumpulan Final A terdiri daripada Ulsan HD, Gimcheon Sangmu, Gangwon FC, Suwon FC, FC Seoul dan Pohang Steelers.

Advertisements
Advertisements

Sementara Kumpulan Final B atau pusingan penyingkiran pula terdiri daripada Gwangju FC, Jeju United, Daejeon Hana Citizen, Daegu FC, Jeonbuk Hyundai Motors dan Incheon United.

Setiap pasukan dalam setiap kumpulan akan beraksi sebanyak lima kali bagi menentukan pasukan mana bergelar juara atau perlu mengharungi perlawanan playoff penyingkiran.

Advertisements

Dalam kes Ulsan, mereka perlu meraih kemenangan sebanyak tiga kali atau lebih jika ingin mengekalkan kejuaraan sejak tahun 2022.

Edisi 2023 menyaksikan The Tigers muncul juara selepas berjaya meraih kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima perlawanan. Mereka menewaskan Daegu, Jeonbuk dan Pohang dalam tiga aksi Final A.

Dengan Jeonbuk kini bergelut dalam zon penyingkiran, misi utama mereka ialah untuk kekal dalam saingan K-League 1 musim 2025.

Atas sebab itu, pasukan bersedia mendahulukan kempen Final B liga berbanding kejohanan lain termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2(ACL2).

Ini dibuktikan apabila Jeonbuk menghantar pemain skuad B untuk aksi Kumpulan H dengan kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu pada 19 September lalu.

Advertisements

Meskipun menurunkan ramai pemain muda untuk aksi berkenaan, Jeonbuk membelasah Dynamic Herb Cebu 6-0. Itu membolehkan wakil Korea Selatan itu menerajui Kumpulan H dengan tiga mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram