Keharmonian Terengganu FC Berantakan?
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Kejayaan sesebuah pasukan bola sepak sudah pasti mengambil kira pelbagai aspek dan salah satunya ialah keharmonian dalam bilik persalinan. Hubungan pihak pengurusan, jurulatih dan pemain perlulah sentiasa aman dan damai.

Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh penyokong Terengganu FC, Piang Shankly, difahamkan keharmonian pasukan Terengganu kini tidak begitu baik. Hubungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), jurulatih dan para pemain tidak berjalan lancar.

“Kita dah cerita pasal “keharmonian team” dari season lepas. CEO vs Coach & players Tapi nasib baik season lepas dressing room sehati sejiwa fight untuk pasukan. Sekarang Coach vs Players, Player vs Player. & CEO masih maki Players dari stand.

Advertisements

“Bila ego diletakkan lebih tinggi dari kepentingan pasukan, hancur dressing room. Man management CEO, Manager & Coach gagal teruk!,” luah Piang Shankly di laman twitter beliau.

Baru-baru ini timbul kekecohan selepas aksi Liga Super yang menemukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC. Kekecohan yang timbul melibatkan dua pemain Terengganu, Ivan Mamut dan Sony Norde dan seroang pemain KL City, Romel Morales.

Melalui perkongsian 433 Malaysia, Ivan Mamut dikatakan mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan kepada Sony Norde. Romel Morales yang merupakan rakan kepada Sony berang dengan kata-kata Mamut dan timbul sedikit pergeseran sebelum dapat ditenangkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram