Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Ketiadaan pemain naturalisasi negara yang kini bersama Terengganu FC, Liridon Krasniqi dalam perlawanan Piala Malaysia tempoh hari akhirnya terjawab.

Advertisements

Liridon yang berasal dari Kosovo difahamkan telah pulang ke negaranya bagi melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang dikenali sebagai Agonita. Majlis perkahwinan itu dilangsungkan dengan mengikut adat dan tradisi Kosovo.

Liridon telah memuat naik beberapa video di instagram story milik beliau. Video tersebut memaparkan majlis perkahwinan mereka yang dilihat begitu meriah.

Advertisements

Liridon Kahwin Kehilangan Liridon Krasniqi Terjawab
Sekitar majlis perkahwinan Liridon dan Agonita. Kredit instagram liridonkrasniqi_8.

Dengan ketiadaan Liridon bersama Terengganu, ini bermakna khidmat pemain berusia 31 tahun itu tidak akan kelihatan dalam aksi bertemu Kelantan United malam ini.

Untuk rekod, Liridon telah dipinjamkan ke Terengganu FC dari Johor Darul Ta’zim (JDT) awal musim ini. Sehingga kini, Liridon sudah beraksi dalam 18 perlawanan bersama Terengganu dan berjaya meledak satu gol selain mennyumbang satu bantuan gol.

Advertisements

Namun sejak kebelakangan ini, nama Liridon sering berada di bangku simpanan Terengganu dan beliau hanya dimasukkan ketika perlawanan berbaki beberapa minit sebelum ditamatkan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram