Asia Tenggara
Keisuke Honda
Advertisements

Lagenda kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mengumumkan bahawa beliau sudah tiba di Malaysia.

Advertisements

Dalam satu ciapan yang dimuat naik Honda di laman X miliknya, Honda memaklumkan bahawa beliau akan berada di sekitar Kuala Lumpur beberapa hari ini.

Bekas pengendali Kemboja ini menzahirkan keterujaan untuk bertemu dengan ramai orang. Tambahnya lagi, beliau gembira bertemu untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Advertisements

“Saya kini sedang berada di KL (Malaysia). Saya gembira bertemu orang-orang baru untuk belajar banyak perkara baru,” ciap Honda.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan peminat Harimau Malaya yang mengaitkan kedatangan Honda ke Malaysia untuk mengisi jawatan sebagai pengendali skuad B-23 kebangsaan. Ciapan Honda itu turut mendapat perhatian respon daripada beberapa pemerhati bola sepak tempatan.

Advertisements

Kehadiran Honda ke Malaysia boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan namun secara rasionalnya, menjadi satu kebiasaan pemain bola sepak ternama datang dan meluangkan waktu di Malaysia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram