Kejutan Indonesia Yang Tak Disangka-Sangka
MakanBola
Timnas Indonesia

Pasukan muda kebangsaan Indonesia melakar kejutan apabila menundukkan Korea Selatan.

Perlawanan Piala Asia B-17 di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal menyaksikan kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik.

Sang Garuda bermula cemerlang menerusi beberapa serangan balas pantas untuk cuba menguji gawang gol yang dikawal oleh Park Do-hun.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, Taeguk Warriors cuna mengatur gerak dan melancarkan beberapa serangan awal terhadap Indonesia B-17.

Detik yang tidak disangka berlaku pada masa kecederaan babak kedua selepas Evanda Florasta menjaringkan gol kemenangan buat Timnas Indonesia.

Kemenangan itu membolehkan Indonesia B-17 meraih kemenangan sulung peringkat kumpulan sebelum berdepan Yaman pada aksi kedua.