Kelab Amatur Dream Village Rangka Strategi Perniagaan Sendiri Untuk Bantu Bola Sepak Malaysia
Komuniti
Albert Low / Dream Village FC
Advertisements

Awal bulan November lepas Kelab Bolasepak Dream Village (DVC) telah dijemput oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk bertanding di Liga JOMA edisi 2021. Sebagai sebuah kelab komuniti yang berpangkalan di Subang Jaya, sudah tentunya ini suatu berita yang mengembirakan buat para pelatih-pelatih muda di DVFC, di mana mereka kini mempunyai suatu pentas untuk menonjolkan bakat dan bertanding dengan kelab-kelab terbaik dari Selangor.

Mengulas mengenai cabaran sebuah kelab bolasepak komuniti yang muda dan tanpa sebarang tajaan, Pengurus Kelab DVFC, Encik Albert Low memaklumkan cabaran utama untuk menyertai Liga Joma FAS ini sudah tentunya daripada segi kewangan dan keduanya adalah untuk terus kekal berada di Liga Selangor dan berentap dengan pasukan yang jauh lebih baik dan berpengalaman.

“Walaupun kami hanya sebuah kelab komuniti yang muda dan baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017, tetapi kami cukup bersedia untuk melangkah lebih jauh ke dalam arena bolasepak dengan pelbagai pelan pembangunan bolasepak untuk DVFC dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai kelab amatur. “

Advertisements

Enggan mengalah mahupun berharapkan pada tajaan mana-mana pihak, Pengurus Kelab Bolasepak Dream Village Encik Albert Low telah merangka strategi perniagaan yang menarik untuk membantu kelab DVFC menjana pendapatan sendiri bagi menampung kos perbelanjaan liga ini.

Antara inisiatif menarik yang diketengahkan dan bakal membantu kelab – kelab komuniti lain untuk turut berpotensi menjana pendapatan sendiri adalah Match Day Live Streaming dan Iklan.

Menurutnya, live streaming yang ditayangkan secara langsung di Facebook Live bakal disajikan dengan iklan ketika masa rehat perlawanan. Seperti dikaca TV, live streaming perlawanan DVFC di Liga JOMA FAS ini turut dimuatkan info perlawanan, keputusan semasa perlawanan dan iklan. Ini secara tidak langsung memberikan penonton suatu pengalaman streaming yang berbeza dan unik.

Advertisements

“Melihat pasukan -pasukan seperti JDT dan TRW menayangkan perlawanan mereka secara pay-per-view, kami juga telah menawarkan pay-per-view pada matchday 1 perlawanan Liga JOMA kami tetapi hanya memperoleh jumlah kutipan sebanyak RM 40 sahaja.”

“Inisiatif menjual ruang iklan ini telah menarik ramai minat usahawan kerana idea yang cukup kreatif , menarik dan mampu membantu mempromosikan produk mereka dengan lebih effektif.”

“Live streaming dan iklan ini telah melonjakkan jumlah kutipan kepada lebih daripada 400% pada perlawanan DVFC yang berikutnya dan membolehkan kami membayar bil-bil untuk kempen Liga Joma ini” tambah beliau. Dan apa yang menarik lagi adalah semua streaming dan iklan ini dikendalikan oleh beliau dan seorang lagi jurulatih tanpa peralatan besar mahupun krew produksi.

Advertisements

Inisiatif kedua yang dilancarkan oleh Kelab Bolasepak Dream Village adalah customized TouchN’Go Player ID atau kad TouchN’Go edisi Liga Joma yang juga merupakan I.D pemain DVFC.

Oleh kerana untuk julung kalinya Kelab Bolasepak Dream Village dijemput untuk bertanding di Liga Joma FAS, maka Presiden Kelab, Encik Kenneth Chin menyarankan untuk mengadakan suatu memorabilia atau kenangan unik untuk kempen ini.

“Kami sangat berterima kasih kepada FAS kerana memberi peluang kepada DVFC untuk beraksi di Liga Joma FAS ini. Sudah tentu ianya suatu detik manis dan cukup bererti buat kelab ini dan saya nak hadiahkan sesuatu kepada pemain-pemain kami supaya mereka boleh mengenang semula perjalanan kelab ini ke kancah bolasepak Liga Selangor di esok hari “ ujar beliau.

Advertisements

“Kad edisi terhad Liga JOMA DVFC ini adalah satu-satunya kad pemain pertama yang diperkenalkan pada Liga JOMA ini. Bukan sahaja ia menyenangkan proses pedaftaran pemain ketika match day ,malah pemain-pemain juga boleh memggunakan kad tersebut untuk transaksi lain yang ditawarkan oleh pihak TouchN’GO seperti pembayaran parking, pengangkutan awam dan transaksi-transaksi di kedai terpilih tambah “ tambah Encik Albert Low lagi.

Memetik dari wawancara TMJ pada November 2016; “Football you have to run it like a company. It’s a business”

“Kata-kata TMJ ini dan juga bagaimana beliau mengubah lanskap bolasepak di Malaysia dan cara pengurusan beliau di JDT sudah pastinya menjadikan beliau idola saya “ kata Pengurus Kelab Bolasepak Dream Village Encik Albert Low.

Sebagai rekod, pada Kelab Bolasepak Dream Village , mempunyai akademi bolasepak akar umbi, menganjurkan liga bolasepak akar umbi yang pertama kalinya menonjolkan bakat daripada komuntii orang asli, pelarian Rohingya dan kanak-kanak tanpa kerakyatan dan mereka juga turut menawarkan afterschool sports program kepada komuniti B40 sekitar Subang Jaya dan Puchong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram