Kelab Arab Saudi Pertimbang Sertai UCL
Asia
MakanBola
Manchester City/Al-Hilal Saudi Club
Advertisements

Dengan ramai bintang terkemuka Eropah beraksi di Saudi Pro League, timbul satu cadangan bahawa kelab Saudi Pro League patut dipertimbang menyertai Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Portal Itali, Calcio Finanza mendedahkan ura-ura ini datang dari Arab Saudi di mana pasukan negara itu akan diberi tiket wild card untuk menyertai UCL. Ini ditambah dengan format baru kejohanan bakal diperkenalkan UEFA pada musim 2024-2025.

Advertisements

Tiket ini dijangka diberi kepada pasukan juara Saudi Pro League yang dianggap antara liga utama di rantau Timur Tengah.

Sekiranya cadangan ini direalisasikan, ini bukan saja memberi lebih banyak pendedahan kepada kelab-kelab mereka kepada permainan berkualiti seperti yang disaksikan di Eropah.

Advertisements

Malah, ini akan membantu pengurusan kelab menambahbaik urus tadbir korporat mereka menjadi lebih profesional sekaligus melicinkan semua urusan termasuk perpindahan pemain.

Begitupun, perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan memandangkan cadangan ini memerlukan kerjasama bukan saja UEFA tetapi juga AFC.

Advertisements

Ini kerana slot kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) ketika ini diperuntukkan untuk juara Saudi Pro League. Selain itu, idea ini juga bakal mendapat tentangan Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA) yang bertanggungjawab membangkitkan isu-isu membabitkan kelab-kelab Eropah.

Namun begitu, idea ini juga membolehkan para penyokong melihat bintang-bintang terkemuka seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Karim Benzema kembali menghiasi saingan terhebat bola sepak benua berkenaan.

Advertisements

News Comments Account