Advertising
Kelab Australia, Western United Berpindah Ke Stadium ‘Mini’ Baru Untuk Saingan A-League
MakanBola
A-League
Sponsors

Kelab Australia, Western United telah berpindah ke stadium mini baru bagi saingan liga musim hadapan.

Western United yang bertanding dalam liga utama Australia, A-League bakal kembali menggunakan gelanggang sendiri iaitu Wyndham Regional Football Facility yang mampu memuatkan hampir 5,000 penyokong dalam satu masa.

Ad

Sebelum ini pasukan tersebut terpaksa menggunakan gelanggang luar seperti Stadium Geelong’s GMHBA, Stadium Ballarat’s Mars, Stadium Morshead Park, Stadium AAMI Park dan Stadium Whitten Oval bagi perlawanan selaku tuan rumah sejak kerja pembinaan dijalankan bermula tahun 2019.

Ad

Fasiliti tersebut merangkumi tiga padang latihan (dua rumput dan satu sintetik), bangunan dua tingkat dengan kemudahan latihan dan gim, ruang media, bilik persalinan, kemudahan kakitangan, kiosk, tandas awam dan bilik rawatan kecemasan.

Aksi bola sepak wanita melibatkan Western United menentang Newcastle Jets pada 17 Mac kelak bakal menjadi perlawanan pertama di gelanggang tersebut sejak tahun 2019.

Ad

“Ini adalah peristiwa penting bagi semua yang terlibat dalam projek ini. Ia membolehkan kami berpindah ke gelanggang asal kami, bermain di stadium segi empat tepat yang kedua di negeri Victoria setelah diluluskan untuk bermain perlawanan A-League Lelaki dan A-League Wanita,” kata pengerusi Western Melbourne Group (WMG), Jason Sourasis.

Ad

“Sudah lama berlalu dan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Western United kembali ke rumahnya yang sah di Tarneit,” kata Datuk Bandar Wyndham City, Jennie Barrera.

Ad

Western United menamatkan saingan liga ditangga terakhir pada musim lalu apabila hanya mengumpul 8 mata dalam 15 perlawanan.