Kelab Belgium Buru Lebih Ramai Bakat Singapura
Asia Tenggara
MakanBola
FA Singapore
Advertisements

Kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze kini memburu lebih ramai bakat baru dari Singapura agar ada yang mengikut jejak penyerang muda, Ilhan Fandi.

Ini selepas Deinze memeterai kerjasama dengan juara Singapore Premier League, Albirex Niigata hari ini.

Advertisements

Menerusi kerjasama ini, pemain-pemain remaja Singapura yang berbakat berpeluang menimba pengalaman di kelab tersebut di bawah nama Rising Star.

Justeru, sesi percubaan bakal diadakan pada 11 dan 12 November ini bagi mencari pemain-pemain B-15 dan B-17 yang berbakat.

Advertisements

Setelah itu, calon-calon yang terpilih bakal menjalani pemilihan akhir pada 19 November ini bagi memilih pemain terbaik yang membarisi skuad B-15 dan B-17 mereka.

Pemain-pemain terbaik yang terpilih bakal menjalani sesi latihan percuma bersama Deinze pada tahun hadapan.

Advertisements

Bagi pengerusi Albirex, Daisuke Korenega percaya projek ini mampu merealisasikan impian pemain Singapura beraksi di pentas dunia.

“Kami percaya projek ini bakal menjadi projek berharga yang menghubungkan Singapura dan bola sepak di seluruh dunia dan kami impikan pemain-pemain Singapura beraksi di pentas dunia,” katanya seperti dilaporkan The Straits Times.

Advertisements

Naib pengerusi Deinze, Hiroyuki Ono pula melihat Rising Star Singapore sebagai peluang buat pemain mengembangkan peluang karier mereka dan memiliki mentaliti bersifat antarabangsa.

“Pemain-pemain akan dapat menambahbaik kemahiran bola sepak mereka dan membangunkan mentaliti antarabangsa dengan pengalaman di luar padang serta meluaskan lagi pilihan karier buat para pemain.

Advertisements

“Kami berharap projek Rising Star ini bakal menjadi penanda aras untuk pemain generasi seterusnya yang mahu membina karier mereka dengan persepktif global,” ujarnya.

Ilhan yang juga anak kepada jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menyertai Deinze selepas menyerlah pada 2022 bersama Albirex.

Advertisements

Selain beliau, pemain tengah Indonesia, Marselino Ferdinan turut menyarung jersi pasukan itu. Marselino ketika ini merekodkan empat penampilan bersama Deinze.

News Comments Account