Kelab China Lupakan Niat ‘Rampas’ Calon Jurulatih Harimau Malaya
MakanBola
FC Tokyo
Sponsors

Sebuah kelab China telah melupakan hasrat untuk merampas calon jurulatih baharu Harimau Malaya.

Baru-baru ini, beberapa nama hangat diperkatakan sebagai antara potensi jurulatih baharu skuad kebangsaan bagi tahun 2025.

Ad

Individu seperti Josh Hutchinson, Harry Kewell, Ange Postecoglou dan juga Peter Cklamovski disebut-sebut antara potensi pengendali yang bakal mengemudi era baharu pasukan negara.

Ad

Peter yang juga bekas pengendali FC Tokyo dikatakan calon terkuat untuk mengemudi Malaysia setelah meninggalkan pasukan Jepun itu baru-baru ini.

Hasrat Harimau Malaya untuk mendapatkan khidmat individu berusia 46 tahun ini tidak mudah apabila beliau dikatakan turut berada dalam radar kelab China, Beijing Guoan.

Ad

Menerusi satu laporan oleh 163.com, Cklamovski dikatakan telah dihubungi oleh Beijing Guoan untuk mengisi posisi ketua jurulatih bagi musim hadapan.

Ad

Namun begitu, kelab gergasi China itu secara rasminya telah melantik bekas pengendali Barcelona, Quique Setien selama dua tahun sehingga 2026 sekaligus menyaksikan potensi Cklamovski ke Malaysia berpotensi menjadi kenyataan.

Ad

Bekas pembantu jurulatih Australia itu dalam satu temu bual memberi bayangan mahu terus berkhidmat di Asia.

“Saya mempercayai jurulatih Australia dan saya percaya mereka boleh melakukan kerja yang sangat baik di mana sahaja kita pergi bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh Asia,” kata Cklamovski.

“Saya harap ia membuka pintu kepada jurulatih Australia untuk berkembang, membangun dan mendapat peluang di seluruh dunia. Saya percaya kami benar-benar bagus dan itu akan ditunjukkan apabila kami melakukan perkara yang betul di kelab yang betul.”

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung pelantikan jurulatih baharu Harimau Malaya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).