Ads
Asia
Guangzhou FC

Sebuah kelab China bakal berdepan masalah besar untuk beraksi dalam liga negara itu musim hadapan.

Advertisements

FourFive Wonton melaporkan bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC (ACL), Guangzhou FC gagal membayar gaji seorang pemain bernama Guo Jing hampir dua tahun.

Advertisements

Kekecewaan itu diluahkan beliau menerusi satu hantaran di laman media sosial China, Weibo semalam.

Advertisements

Advertisements

Jing merasa pelik mengapa kelab tersebut dibenarkan bertanding dalam divisyen kedua China kerana kelab tersebut bukan sekali gagal melunaskan tunggakan gaji.

“Saya tak faham. Bagaimana pasukan yang berhutang tunggakan gaji dibenarkan beraksi? Mereka berhutang gaji pada 2021, 2022 dan 2023.

Advertisements

“Apakah perkara sama akan berlaku pada 2024 dan 2025? Siapa yang akan benarkan anak mereka jadi pemain bola sepak?” katanya.

Pada zaman kegemilangan pasukan itu semasa bergelar Guangzhou Evergrande, mereka bukan saja pernah menggondol gelaran juara ACL.

Malah, mereka berupaya menarik jurulatih-jurulatih ternama ketika itu seperti Marcello Lippi dan Luiz Felipe Scolari.

Advertisements

Jing pernah beraksi bersama Guangzhou FC dari 2016 hingga 2022. Beliau kini dilaporkan sudah membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak China (CFA) tentang apa yang berlaku.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram