Kelab Corot Qatar Sambar Khidmat Yazan Al-Arab
Transfer
Muaither SC
Advertisements

Persembahan cemerlang pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab menyaksikan beliau membawa haluan baharu ke Qatar.

Pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan kelab Liga Super, Selangor FC dan menyertai pasukan Iraq, Al-Shorta namun hanya bertahan beberapa bulan.

Aksi memukau pemain tinggi lampai itu di pentas Piala Asia 2023 menyaksikan beberapa kelab ternama Asia mula merancang untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Menerusi pengumuman rasmi oleh kelab Qatar, Muaither SC, Yazan Al-Arab telah menyertai pasukan itu secara rasmi.

“Kelab Athletic Muaither secara rasmi mengumumkan pemetraian kontrak dengan pemain pertahanan antarabangsa Jordan, Yazan Al-Arab daripada kelab Iraq.”

“Yazan melahirkan rasa gembira untuk menyertai Muaither dan mengambil cabaran baharu dalam kerjaya dan mengesahkan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan tahap terbaik,” ujar kenyataan rasmi kelab hari ini.

Advertisements

Yazan berjaya membawa Jordan ke pentas akhir Piala Asia 2023 namun tewas kepada tuan rumah, Qatar dengan keputusan 3-1.

Semasa beraksi di Malaysia, Yazan telah merekodkan 5 jaringan bersama The Red Giants selain memainkan peranan untuk membantu pasukan ke Asia tahun ini.

Beliau juga merupakan antara pemain paling menyerlah bersama perancang tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh.

Advertisements

Muaither ketika ini merupakan pasukan kedua tercorot Liga Qatar apabila hanya merekodkan satu kemenangan daripada 12 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram