Kelab Denmark Tolak Permohonan ASEAN All-Stars
MakanBola
Odense BK
Sponsors

Kelab Denmark, Odense BK menolak usaha ASEAN All-Stars untuk menggunakan tonggak pertahanan mereka dari Thailand, Nicolas Mickleson.

Sebelum ini, nama Mickleson tersenarai sebagai tiga pemain Thailand yang dipanggil Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk aksi persahabatan menentang Manchester United.

Ad

Selain beliau, AFF turut memanggil penjaga gol Bangkok United, Patiwat Khamrai dan pemain tengah Port, Piradon Chamrasmi.

Ad

Walau bagaimanapun, ASEAN Football melaporkan Odense enggan melepaskan Mickleson untuk aksi persahabatan berkenaan.

Ini dilihat ada kaitan dengan kedudukan semasa kelab itu dalam saingan Danish First Divison (1. Division). Odense ketika ini menerajui kelompok play-off kejuaraan dengan 58 mata.

Ad

Mickleson merupakan tonggak utama kelab itu untuk memburu kenaikan pangkat ke saingan Superliga musim 2025/26. Beliau sudah merekodkan 25 penampilan dan lima bantuan gol untuk Odense.

Ad

Ketiadaan Mickleson dijangka mendorong AFF memanggil pemain alternatif untuk mengisi slot pertahanan yang ditinggalkan Mickleson.

Ad

ASEAN All-Stars sudah mula membentuk barisan pemain yang bakal menghadapi cabaran United. Ini termasuk trio Harimau Malaya iaitu Sergio Aguero, Haziq Nadzli dan Dominic Tan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments