Kelab EPL Terpaksa Tangguh Perlawanan Seketika Kerana Tandas Tiada Air
EPL
Brentford FC
Advertisements

Perlawanan antara Brentford dan Tottenham Hotspur semalam terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah bekalan air yang menyebabkan tandas dan unit katering terjejas.

Sepak mula perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama hampir 7 minit ekoran masalah bekalan air di Gtech Community Stadium.

Ini kerana perkara tersebut boleh menyebabkan masalah kebersihan ekoran jumlah penyokong yang hadir ke stadium adalah ramai dan sektor penting seperti tandas gagal berfungsi dengan baik.

Advertisements

Pengadil kemudiannya membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan dalam keadaan bekalan air stadium terjejas.

Namun masalah bekalan air tersebut telah berjaya diselesaikan setelah memasuki minit ke-10 perlawanan.

Cristian Romero membuka jaringan seawal minit ke-11 perlawanan sebelum pemain Brentford, Mbeumo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalit pada minit ke-27 perlawanan.

Advertisements

Yoane Wissa meletakkan Brentford dihadapan pada minit ke-36 namun Emerson Royal berjaya menjaringkan gol penyamaan Spurs sebelum tamat separuh masa pertama.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2 dimana pasukan Tottenham buat pertama kalinya bermain tanpa penyerang utama mereka, Harry Kane yang telah berpindah menyertai Bayern Munich.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram