Kelab Eropah Umum Pemain Warisan Malaysia
MakanBola
Tripadvisor
Sponsors

Kelab Eropah telah mengumumkan kehadiran pemain warisan baharu yang bakal menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia.

Usaha untuk mencari pemain warisan bagi membantu Harimau Malaya giat diusahakan oleh barisan revolusi Harimau Malaya yang dikemudi oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Ad

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.

“Usaha ini bagi membantu Harimau Malaya mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” ujarnya di FA Malaysia.

Ad

Pengumuman oleh kelab Portugal, SC Portimonense mengesahkan bahawa salah seorang pemain mereka bakal beraksi buat Malaysia.

Ad

Perancang tengah berbakat, Hector Hevel menjadi nama terbaru yang diumumkan aecara rasmi oleh kelabnya dan bakal menyarung jersi kebangsaan.

Ad

Hevel mampu beraksi sebagai pemain tengah atau tengah menyerang jika diperlukan. Graduan akademi Den Haag itu juga pernah beraksi untuk AEK Larnaca, FC Cartagena dan FC Andorra.

Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di Asia apabila pernah beraksi untuk kelab China League One, Guangxi Pingguo Haliao dari 2024 hingga 2025.

Persiapan rapi sedang dilakukan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments