Kelab Indonesia Nyaris Malukan Barcelona
Asia Tenggara
International Youth Championship 2023
Advertisements

Skuad remaja kelab Liga 1 Indonesia, Bhayangkara nyaris memalukan skuad remaja Barcelona sebelum tunduk 2-1 dalam aksi International Youth Championship 2023 (IYC 2023) di Stadium Ngurah Rai, Denpasar, Bali hari ini.

Bhayangkara yang diwakili pasukan B-20 mereka menampilkan disiplin pertahanan yang tinggi bagi mengekang keampuhan jentera serangan Barca. Ini memaksa jurulatih skuad B-19 Barcelona, Oscar Lopez mengarahkan serangan pantas ditingkatkan.

Dengan gawang mereka masih belum dibolosi, The Guardians mula berani melancarkan serangan balas terhadap Blaugrana. Namun begitu, Barcelona memastikan mereka mendahului pada minit ke-34 menerusi Nil Caldero Soteres.

Advertisements

Tersentak, Bhayangkara menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan. Kesungguhan mereka berhasil apabila sepakan percuma Bagus Teguh menembusi gawang Barca pada minit akhir babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Lopez mengarahkan anak-anak buahnya memperlahankan permainan bagi meningkatkan kawalan bola.

Advertisements

Taktik ini mengakibatkan The Guardians sukar mendapat bola. Kelebihan ini direbut Barca bagi meraih gol kemenangan menerusi Alexis pada minit ke-64.

Selain Barcelona dan Bhayangkara, IYC 2023 turut disertai musuh tradisi, Real Madrid dan kelab Jepun, Kashima Antlers.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram