Kelab Iran, Sepahan SC kini merekodkan satu lagi pencapaian baik sebagai wakil negara tersebut di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.
Pasukan tersebut berada dalam Kumpulan C ACL dan berdepan ujian hebat daripada gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad, Al-Quwa dan AGMK.
Skuad kendalian Jose Morais bagaimanapun memahat satu rekod penting di Asia selepas berjaya membelasah AGMK dengan keputusan 9-0.
Pada musim ini, Sepahan sudah mencatat dua kemenangan, satu seri dan satu tewas dalam 4 aksi yang telah diharungi.
Kemenangan besar ini meletakkan pasukan dalam kelompok jaringan terbesar di ACL.
Sebelum ini, terdapat beberapa pasukan yang sudah pun merekodkan kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar.
Antara pasukan yang turut merekodkan 9 jaringan ialah Kashima Antlers yang menewaskan Krung Thai Bank pada tahun 2008 sementara jaguh Korea, Seongnam Ilhwa Chunma pernah membelasah gergasi Indonesia, Persik Kediri dengan jaringan 15-0 pada tahun 2004.