Kelab Jepun Buat Kejutan Tewaskan Celtic
Asia
Celtic FC
Advertisements

Kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos mencipta kejutan dengan menewaskan kelab gergasi Scotland, Celtic 6-4 dalam aksi persahabatan pra-musim semalam.

Dengan status sebagai pasukan gergasi Eropah, ramai penyokong Celtic menyangka The Hoops yang dibimbing Brendan Rodgers mudah menewaskan Marinos.

Tetapi sangkaan itu meleset apabila kesilapan penjaga gol Joe Hart dihukum Anderson Lopes untuk gol pertama tuan rumah pada minit keempat.

Advertisements

Begitupun, kelebihan Tricolor tidak bertahan lama apabila penyerang Jepun, Daizen Maeda menyamakan kedudukan untuk pelawat.

Maeda kemudiannya meletakkan Celtic di hadapan pada minit ke-21. Tetapi kerapuhan pertahanan The Bhoys dihukum lagi menerusi gol penyamaan Kota Mizunama selepas menerima hantaran jauh Marcos Junior.

Maeda kemudiannya mencipta hatrik pada minit ke-42 selepas menerima hantaran Tomoki Iwata dengan kedudukan 3-2 menjelang rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kerapuhan pertahanan Celtic ditambah dengan sembilan pertukaran pemain yang dibuat Rodgers menyaksikan mereka dibolosi empat kali.

David Turnbull menambah gol keempat The Bhoys pada minit akhir perlawanan tetapi itu sudah terlambat buat anak-anak buah Rodgers.

Ini merupakan kekalahan kedua Celtic di tangan lawan yang sama. 17 tahun yang lalu, The Hoops yang diketuai legenda Jepun, Shunsuke Nakamura turut menerima nasib sama dan tunduk 3-0 kepada Marinos.

Advertisements

Celtic bakal melengkapkan jelajah pra-musim mereka di Jepun dengan menentang Gamba Osaka pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram