Advertisement
Kelab Korea Sisihkan Import Kerana Terlebih Lemak
Asia
MakanBola
K League

Kelab Liga K1 Korea Selatan, Gwangju FC baru-baru ini telah mensisihkan pemain import dari Albania, Jasir Asani gara-gara terlebih lemak.

Jurulatih Gwangju, Lee Jung-hyo membuat keputusan berkenaan selepas melihat Jasir tidak berada dalam keadaan yang baik ketika dalam sesi latihan dan mendapati pemain berusia 28 tahun itu terdapat lemak yang berlebihan.

Jung-hyo juga berasa pelik mengapa Jasir tetap dipanggil menyarung jersi kebangsaan Albania walaupun berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan.

“Sebab dia diketepikan daripada skuad di hari perlawanan adalah kerana prestasi semasanya yang buruk. Dia mempunyai lebihan lemak badan dan tidak cukup baik dalam latihan. Saya tidak tahu mengapa dia dipilih untuk pasukan kebangsaan Albania sekarang,” ujar Lee Jung-hyo seperti dipetik dari Korea Football News.

Jasir Asani bukanlah nama yang asing buat Gwangju apabila pemain sayap berusia 28 tahun itu merupakan watak utama pasukan sejak hadir ke Korea Selatan pada Januari 2023 lagi.

Namun sedikit berbeza buat musim 2024 apabila Jasir hanya diturunkan dalam satu perlawanan sahaja bersama Gwangju dan penampilan tunggal Jasir itu hanya bertahan 8 minit sahaja.